BIMP-EAGA (Brunei-Indonesia-Malaysia-Philippines East ASEAN Growth Area)

Tarikh: 2022-09-08

BIMP-EAGA (Brunei-Indonesia-Malaysia-Philippines East ASEAN Growth Area) adalah merupakan program kerjasama ekonomi antara kerajaan yang dijangka menggalakkan pertumbuhan sektor swasta yang diterajui dan didorong oleh pasaran. JPKN adalah antara wakil pihak Malaysia yang telah dijemput bersama bagi menyertai Mesyuarat ICT Cluster Brunei Darussalam Indonesia Malaysia Philippines East Asean Growth Area (BIMP-EAGA) yang ke 9. Mesyuarat ini telah diadakan di Bali Indonesia yang berlangsung selama 2 hari iaitu pada 7 dan 8 September 2022.